Rabu, 2 November 2011

Hujan..sejuk.

Hari ini hujan je. Pagi tadi mendung, sekarang ni dh petang hujan lebat pulak. Sejuk je rasanya.best tido ni..
Tadi kul 10am, kuar sekejap sarapan dgn abi n baby kat kedai mamak mkn murtabak sardin.. erm.. sedap..

Tinggal dua hari lagi kami kan balik kmpung..Debaran kian terasa. Sekarang fikir nak bawa baju apa tuk blk kampung.

Selasa, 1 November 2011

Laksa Penang...fuhhh sedap.

Pagi td cerah,skg ni dh ptg mendung pulak,langit guruh,gelap,sejuk..begitu lh keadaan cuaca kini,pagi cerah malam pulak hujan..sekarang ni tengah hujan lebat,guruh dan petir saling bersaing..
Sebelum hujan tadi, aku dr beli laksa penang kt gerai makan dekat gate luar sana.pergi dgn baby alisya,sambil menghirup udara petang. tak makan kt gerai tu,tapau je,nak makan kt rmh. Laksa penang dia sedap sgt...cukup rasa,pedas,pekat,cmpur dengan limau,fuhh terasa kelazatannya.dh lama x mkn laksa,tu yg rsa sedap sgt tu.dh la sedap,murah pulak tu dlm rm2.50 je...kenyang.

Cerah

Selamat pagi Malaysia...1hb 11 2011..

Pagi yang cerah dan ceria menceriakan lagi hari2 yg sedang dilalui..Pagi ni bangun dgn penuh semangat tuk tempuhi hari ini. tapi malangnya pagi2 lagi perutku meragam.sakit perut..dh dua kali berulang ke tandas.cirit birit..semalam ok je,tak tahu la semalam xde plk makan yang pelik2.petang tu makan soto ayam kat luar dgn abi n baby alisya.malam tu mkn meehoon yg goreng pagi semalam tuk b1st, susu soya n roti kelapa.
Tengahari ni nak masak ayam masak sos tiram.erm mesti sedap..

Isnin, 31 Oktober 2011

Balik Kampung


Kepulangan ku ini benar2 bererti buatku,dgn mmbawa suami yg tercinta dan anak yg ku kasihi tuk bertemu dgn kedua org tua ku bagi menyambut hari yg bahgia iaitu Hari Raya Aidiladha..Semoga dgn kepulanganku ini akan menceriakan lg hari2 ku yg akan mendatang. Ku mohon restu dari ayah dan bonda, kemaafan di hari mulia.

Kami semua dlm debaran tuk menaiki kapal terbang (belon), he2.. mudah2an semua selamat. Tinggal 5 hari lagi..

Oklah semua my baby dh diulit mimpi indah,aku pun nak menyulam mimpi indah2..Home alone.


cermin mata..

Hari tu aku pergi ukur tuk buat cermin mata.ingat nak main2 jak,tapi akhirnya suamiku terus bayar untuk deposit..senyum2 kambing terukir dibibir.luv u abi.aku tahu aku pakai spec ni mula2 saja2 je tuk nak balik kampung kononnya..tapi ok juga, rasa selesa mata bila pakai.

masa aku taip blog ni,anak ku tersayang menjerit nak kena anggat,xnak baring,nk duduk juga.luv my baby..

31/10/11 : 7.10pm